BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPI, IKIM dan Tabung Haji Anjur Program Literasi Bantu Media Fahami Isu RCI TH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

MPI, IKIM dan Tabung Haji Anjur Program Literasi Bantu Media Fahami Isu RCI TH​

0171dcfed529987752f14504cb9d1a806a7ee98802002

c91336b47e4cc75160baffe2e90889396a7ee99a20a24

75cbf32bf0e6f7b02320083cf10a08666a7eea0066a28

dad938f60e13ed6467c9f29d850b5a466a7eea11360b0

Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil ketika menghadiri Program Literasi Berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Program Literasi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH bagi memberikan kefahaman kepada pengamal media berhubung isu itu.

Program di IKIM di sini dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Mustakim Mohamad, Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarah IKIM Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil serta disertai lebih 20 pengamal media.

Dalam sesi tertutup hampir dua jam, Mustakim memberikan penerangan dan menjawab soalan pengamal media berhubung liputan mengenai isu RCI TH.

Yong berkata program itu menjadi platform penting untuk membantu wartawan mendapatkan maklumat tepat berhubung langkah diambil TH dalam memulihkan serta mengukuhkan semula keyakinan pendeposit dan pelabur.

“Ini kerjasama yang sangat bermakna antara MPI dengan IKIM. Kita berterima kasih kerana berpeluang menjemput wartawan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam tentang isu yang sangat penting kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas program tamat.

Yong berkata taklimat khas tersebut juga mampu memberikan naratif yang tepat mengenai masa depan TH dan mencadangkan supaya program seperti itu diperluas ke negeri lain menerusi sesi dialog awam atau town hall.

Sementara itu, Mohamed Azam berkata isu RCI TH bukan polemik berkaitan agama atau bangsa, sebaliknya berteraskan integriti dan akauntabiliti pengurusan.

“Ini isu amanah yang diberikan dan kita mohon wartawan untuk berkongsi naratif ini bagi memberikan keyakinan kepada pendeposit dan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata program literasi itu amat penting bagi mengembalikan kepercayaan awam terhadap kewibawaan TH sebagai institusi kewangan Islam yang unik dalam menguruskan rukun Islam kelima.

 
Back
Top
Log in Register