BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPI, Puspakom Jalin Kerjasama Perkukuh Literasi Media Dan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MPI, Puspakom Jalin Kerjasama Perkukuh Literasi Media Dan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya​

83c525f6f6870ddf183517800aa0cb9c6a4e46cf5900d

8bc0fa40438ad7af41ed03b56e345c796a4e46c69ad6f

fb Malaysian Press Institute

Malaysian Press Institute (MPI) dan Puspakom Sdn Bhd menjalin kerjasama dalam memperkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi pendekatan literasi media dan kempen komunikasi awam bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan penyelenggaraan serta pengendalian kenderaan yang selamat.

MPI memaklumkan komitmen itu dizahirkan dalam sesi pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman dan Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong di Pusat Latihan MPI, di sini hari ini.

"Program itu menyasarkan pendedahan kepada orang ramai mengenai aspek penyelenggaraan dan keselamatan kenderaan yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan," menurut kenyataan MPI hari ini.

Selain itu, perbincangan antara kedua-dua pihak turut menyentuh pembangunan program literasi media yang akan menggabungkan penerangan mengenai teknologi terkini dalam industri pemeriksaan kenderaan, termasuk penggunaan kecerdasan buatan bagi meningkatkan kecekapan proses pemeriksaan.

Menurut Mahmood, kerjasama tersebut berpotensi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan jalan raya melalui penyampaian maklumattepat, mudah difahami dan berteraskan fakta.

Sementara itu, Yong berkata MPI menyambut baik kesediaan Puspakom untuk menjalin kerjasama strategik tersebut.

Menurutnya, MPI akan meneliti bentuk pelaksanaan yang bersesuaian, termasuk pembangunan modul literasi media, program latihan, kempen komunikasi awam serta inisiatif pendidikan yang dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

Dalam kunjungan itu, Puspakom turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada MPI sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2026 yang akan berlangsung pada 17 Julai ini.

Mahmood berkata sumbangan itu mencerminkan komitmen Puspakom dalam menyokong pembangunan kewartawanan profesional di Malaysia serta menghargai peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register