BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prasarana, Chongqing Rail Transit Jalin Kerjasama Perkukuh Operasi Monorel

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Prasarana, Chongqing Rail Transit Jalin Kerjasama Perkukuh Operasi Monorel​

fa58d8d696d6160958548dc5430e441f6a53326a87ea3

--kredit Rapid KL

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Chongqing Rail Transit (CRT), China bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan keupayaan operasi, kebolehpercayaan sistem, perkongsian kepakaran teknikal dan pembangunan bakat dalam pengoperasian sistem monorel.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan MoU itu ditandatangani pada 9 Julai di Menara Prasarana oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Amir Hamdan manakala CRT diwakili Pengerusi merangkap Pengurus Besar Hu Zhiyong.

“Kerjasama ini memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik dalam aspek kebolehpercayaan sistem dan pengurusan aset, pendigitalan operasi, penggunaan analitik data penyelenggaraan ramalan (predictive maintenance), standard operasi dan keselamatan.

“Di samping itu, ia juga menumpukan kepada pembangunan kompetensi tenaga kerja melalui latihan bersama-sama, lawatan teknikal serta pertukaran kepakaran,” menurut kenyataan itu.

Amir dalam kenyataan sama berkata kerjasama itu membuka peluang kepada Prasarana memperluas akses kepada amalan terbaik global dalam aspek kebolehpercayaan sistem rel, strategi penyelenggaraan dan kecekapan operasi.

“Perkongsian pengetahuan ini penting bagi memastikan perkhidmatan yang lebih selamat, lancar dan boleh dipercayai terus dinikmati pengguna,” katanya.

Beliau berkata kerjasama dengan CRT, iaitu antara pengendali monorel terkemuka dunia, akan membantu Prasarana memperkukuh ekosistem operasi Monorel Kuala Lumpur yang telah berkhidmat selama lebih dua dekad, selaras dengan perkembangan teknologi dan amalan terbaik antarabangsa.

Prasarana memaklumkan delegasi CRT turut mengadakan lawatan teknikal ke Depoh Monorel bagi meninjau operasi harian dan amalan penyelenggaraan sistem monorel yang dikendalikan Prasarana.

Prasarana memaklumkan MoU itu menjadi rangka kerja bagi meneroka peluang kerjasama strategik tanpa melibatkan sebarang komitmen kewangan pada peringkat ini, selain mewujudkan mekanisme komunikasi bersama-sama untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif serta memantau kemajuan kerjasama secara berkala.

 
Back
Top
Log in Register