BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM, PNB Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Integriti Agensi Pelaburan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

SPRM, PNB Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Integriti Agensi Pelaburan Negara​

1daed164d811c19cf3ecd59995ed4b256a5e0e31c679f

fb SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperkukuh sinergi kerjasama strategik dua hala bagi memperkasakan tadbir urus dan integriti pelaburan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman menerusi satu kenyataan berkata tadbir urus berintegriti adalah teras untuk memastikan keyakinan pelabur terhadap pelaburan yang diuruskan oleh PNB.

“PNB perlu terus mengekalkan integriti dan meningkatkan kepercayaan pelabur dalam menguruskan pelaburan dana amanah saham di negara ini,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan kunjungan hormat Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Rizal Rickman Ramli di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu juga adalah bersempena dengan pelantikan Rizal Rickman sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Sementara itu, Rizal Rickman dalam kenyataan sama berkata PNB yang ditubuhkan pada 1978 ialah satu daripada instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kini menguruskan pelaburan membabitkan 13 juta rakyat Malaysia.

“Ini bermakna, satu daripada tiga rakyat Malaysia adalah pelabur PNB dan kami perlu memastikan tahap keyakinan pelabur sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

“Komitmen ini dizahirkan menerusi penyertaan PNB secara tahunan dalam Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang menjadi sebahagian daripada teras Pelan Antirasuah Organisasi Kumpulan PNB 2025–2028,” katanya.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai prosedur pelaburan PNB, perkongsian pengalaman, kepatuhan pengawalseliaan dan perbincangan strategik isu-isu semasa dalam memperkasakan agenda antirasuah dan tadbir urus berintegriti.

 
Back
Top
Log in Register