BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM, MOF Perkukuh Kerjasama Strategik Membabitkan Kes Berprofil Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM, MOF Perkukuh Kerjasama Strategik Membabitkan Kes Berprofil Tinggi​

87c9a8c8bf6c87cb612911c19e1788dc6a2674ec93f43

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman menyampaikan amanatnya pada Majlis Perhimpunan Bulanan SPRM di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan (MOF) terus memperkasa komitmen bersama dalam membanteras penyelewengan dan ketirisan demi memelihara kedaulatan ekonomi negara.

Komitmen ini dizahirkan melalui kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ke atas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican di MOF di sini, hari ini.

Pertemuan strategik yang berlangsung hampir sejam itu menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak memperkukuh jalinan kerjasama khususnya dalam mengendalikan kes berprofil tinggi.

Abd Halim menerusi satu kenyataan berkata SPRM dan MOF turut membincangkan mengenai pasukan petugas khas atau jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengendalikan hal berkaitan mengikut keperluan semasa.

“Dalam usaha memastikan siasatan dan pemulihan aset berjalan dengan lebih tuntas, tumpuan perbincangan terarah kepada pasukan petugas khas serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan secara khusus untuk mengendalikan kes tersebut.

"SPRM juga menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh serta bantuan menyeluruh dari segi perundangan, penguatkuasaan dan aspek teknikal bagi menyelesaikan kes berkaitan ke akar umbi,” katanya.

Sesi kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai simbolik keutuhan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.

 
Back
Top
Log in Register