BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Feytech Jalin Kerjasama Dengan Cauto Perkukuh Saluran Bakat EV Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Feytech Jalin Kerjasama Dengan Cauto Perkukuh Saluran Bakat EV Negara​

0a762d3f8418678492ea01e3878d678168a7f1a55da63

Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid

Feytech Holdings Berhad dan Konsortium Automotif Universiti Malaysia (CAuto) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan saluran latihan industri melibatkan pelbagai universiti yang pertama seumpamanya dalam industri, bertujuan memperkukuh ekosistem bakat kenderaan elektrik (EV) Malaysia.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataan memaklumkan perjanjian itu menghubungkan lima universiti teknikal awam utama dengan industri pembuatan automotif ketika Malaysia mempercepat peralihan ke arah EV dan pembuatan pintar.

Konsortium CAuto dianggotai lima universiti, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Di bawah kerangka bersama Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri (MRI3) Kementerian Pendidikan Tinggi, Feytech akan menyediakan peluang pembelajaran berasaskan kerja (WBL), latihan industri dan projek tahun akhir, selain menawarkan elaun latihan industri yang kompetitif serta menaja sepenuhnya projek pelajar terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata kerjasama itu hadir pada masa yang tepat dan akan membantu memperkasakan institusi teknikal awam tempatan agar lebih selari dengan keperluan ekosistem automotif generasi baharu.

“Keupayaan Malaysia untuk menarik dan mengekalkan pelaburan berkualiti tinggi bergantung kepada kekuatan saluran bakat negara. Ketika industri automotif mengalami transformasi pesat yang dipacu oleh elektrifikasi, automasi dan pendigitalan, kerjasama lebih erat antara industri dan institusi akademik menjadi semakin penting,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata kerjasama itu melangkaui latihan industri dan program praktikal dengan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap persekitaran pembuatan sebenar, teknologi pengeluaran serta cabaran industri, selain membolehkan mereka menyumbang kepada inovasi sebelum menamatkan pengajian.

Sikh Shamsul Ibrahim berkata inisiatif itu turut menyokong pembangunan keupayaan dan bakat tempatan yang diperlukan untuk memperkukuh penyetempatan rantaian bekalan, meningkatkan daya saing serta memperluas penyertaan syarikat Malaysia dalam aktiviti bernilai tambah tinggi dalam ekosistem automotif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Feytech Connie Go menekankan kepentingan pembangunan bakat dan kemajuan teknologi ketika negara bergerak pantas ke arah penggunaan EV.

 
Back
Top
Log in Register