BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IWK Jalin Kerjasama Dengan Pengusaha Hotel Langkawi Perkukuh Pengurusan Air Sisa Kumbahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

IWK Jalin Kerjasama Dengan Pengusaha Hotel Langkawi Perkukuh Pengurusan Air Sisa Kumbahan​

3e1c751f76333cca4b57b3fa338d682162de81b7d429b

Indah Water Konsortium (IWK).

LANGKAWI, 12 Julai (Bernama) – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan pengusaha hotel di Pulau Langkawi bagi memperkukuh pengurusan lemak, minyak dan gris (FOG) serta air sisa kumbahan, dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar di pulau peranginan itu.

Kerjasama tersebut dimeterai menerusi penyataan sokongan bersama antara syarikat pembetungan nasional itu dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis, yang memberi tumpuan kepada amalan kelestarian alam sekitar dan garis panduan pengurusan FOG, di samping memperkukuhkan kerjasama strategik dengan pemain industri.

Ketua Pegawai Operasi IWK Ir Mohd Taufik Salleh berkata berdasarkan rekod syarikat tersebut tahap penerimaan komuniti terhadap pengosongan tangki septik secara berkala masih rendah dengan kadar pematuhan kurang daripada 15 peratus.

Beliau berkata keadaan itu membimbangkan kerana tangki septik yang tidak dikosongkan secara berkala berisiko mengalami kegagalan fungsi dan limpahan air sisa kumbahan yang boleh mengalir ke sistem perparitan sebelum mencemarkan sungai serta kawasan perairan pantai.

“Pengurusan sisa kumbahan yang efektif adalah kunci utama bagi memastikan perairan laut dan ekosistem pulau ini kekal terpelihara untuk generasi masa hadapan.

“Kerjasama daripada pemilik premis, pengusaha hotel, komuniti serta semua pihak berkepentingan amat diperlukan bagi menjayakan usaha ini,” katanya pada Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar di Pulau Langkawi, di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Datuk Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dan disertai kira-kira 100 peserta terdiri daripada pengusaha hotel serta wakil agensi kerajaan.

Pada majlis sama, IWK bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut melancarkan Ops Helang sebagai inisiatif memperkukuh pematuhan terhadap pengosongan tangki septik secara berkala serta meningkatkan kesedaran komuniti dan pengusaha hotel mengenai kepentingan pengurusan air sisa kumbahan yang berkesan.

Operasi yang berlangsung dari 13 hingga 15 Julai itu akan memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan pemantauan pematuhan pengosongan Tangki Septik Individu (IST) membabitkan premis komersial dan domestik di seluruh Pulau Langkawi.

 
Back
Top
Log in Register