BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,696
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,696
Reaction score
97
Points
80

KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara​

457bd6dc06987d51d677910e360514766a4295cad90e0

--kredit FB Zambry Abd. Kadir

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhasrat memperkukuh kerjasama strategik dengan Yayasan Hasanah, bagi memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta melahirkan lebih ramai bakat terbaik negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Yayasan Hasnah di bawah Khazanah Nasional Bhd, yang memfokuskan pembangunan pendidikan, komuniti, alam sekitar, seni dan budaya serta pembangunan kapasiti.

“Dalam pertemuan ini, saya diberi taklimat mengenai Program Biasiswa Khazanah Watan dan Khazanah Equity Pathway, yang bertujuan memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta membuka lebih banyak laluan kepada pelajar Malaysia untuk membangunkan potensi bakat.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, Yayasan Khazanah telah memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan negara, dengan menyediakan biasiswa, latihan kepimpinan dan pembangunan bakat kepada lebih 1,792 pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Beliau berharap kerjasama strategik antara KPT dan Yayasan Hasanah dapat terus diperkukuh, bagi melahirkan lebih ramai bakat terbaik negara yang mampu memacu pembangunan Malaysia pada masa hadapan.

 
Back
Top
Log in Register