BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan, BIM Akan Perkukuh Kerjasama Bentuk Bakat Profesional Era AI - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan, BIM Akan Perkukuh Kerjasama Bentuk Bakat Profesional Era AI - PM Anwar​

eeca47a1cfbeb680a7b45e95d81a3c686a589b6a7ca81

1926a34a4f4fff13e73adecc5efc89766a589b8ceb5ae

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Usaha membangunkan bakat serta meningkatkan kesiapsiagaan golongan profesional dalam era kecerdasan buatan (AI) menjadi tumpuan utama perbincangan antara kerajaan dan Balai Ikhtisas Malaysia (BIM).

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu penting bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan profesional serantau.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi BIM yang diketuai Presidennya Prof ChM Dr Juan Joon Ching, hari ini.

"Kerajaan menghargai peranan komuniti profesional sebagai rakan strategik dalam memperkukuh daya saing negara, memacu inovasi dan menjayakan agenda MADANI demi kesejahteraan rakyat," kata Anwar.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menerima jemputan ke Hari Ikhtisas Malaysia yang mengiktiraf sumbangan golongan profesional terhadap pembangunan negara.

Beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti profesional akan terus diperkukuh demi melahirkan lebih ramai bakat yang berintegriti, berdaya saing serta mampu memimpin Malaysia ke hadapan.

 
Back
Top
Log in Register