combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Sasar 25,000 Penerima Manfaat Bakat MADANI - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bakat Malaysia MADANI di Sendayan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan menyasarkan 25,000 individu bakal menerima manfaat menerusi Inisiatif Bakat MADANI yang dilancarkan hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Bakat MADANI merupakan inisiatif nasional yang menghimpunkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas dalam memperkasakan pembangunan bakat negara.
Anwar berkata inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembangunan kemahiran, penyediaan pekerjaan berkualiti serta peningkatan mobiliti sosial.
“Pendedahan peluang dalam program ini mencecah kira-kira 25,000 orang. Jadi anak-anak jangan lupa, nyatakan penghargaan kepada badan korporat yang sudi membantu menguruskan dengan baik.
“Kalau mereka tidak mengurus dengan baik, jadi tidak dapat program ini dilakukan kerana pembiayaan itu pembiayaan mereka, bukan pembiayaan saya. Ini yang disebut Bakat MADANI,” kata beliau ketika berucap merasmikan program itu yang dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, kepimpinan GLIC, GLC dan Petronas.
Sementara itu, Amir Hamzah berkata inisiatif berkenaan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu memperkukuh kebolehpasaran dan penempatan kerjaya dalam ekosistem GLIC, GLC dan Petronas; memperluas peluang penempatan pekerjaan merentas sektor strategik negara serta memperkasakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Tanggungjawab kita adalah membina jambatan yang menghubungkan bakat tersebut dengan peluang yang tersedia, dan itulah matlamat utama Bakat MADANI.