Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Enggan Berubah, Budaya Rasuah Cabaran Terbesar Reformasi Kerajaan MADANI - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Temu Anwar bersama pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek hari ini.
Cabaran terbesar melaksanakan reformasi negara bukan berpunca daripada kekurangan teknologi atau kepakaran, sebaliknya disebabkan keengganan segelintir pihak menerima perubahan termasuk dalam kalangan golongan elit yang masih mempertahankan budaya rasuah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengalaman mentadbir kerajaan selama lebih tiga tahun membuktikan usaha memperbetulkan sistem dan membanteras rasuah sering berdepan tentangan daripada pihak yang sudah selesa dengan amalan lama.
Anwar berkata langkah kerajaan memperkukuh tatakelola dan membanteras rasuah mungkin tidak popular, namun ia perlu diteruskan bagi memastikan sistem pentadbiran negara menjadi lebih telus, berintegriti dan berkesan.
"Ramai yang tidak senang apabila kita hendak membetulkan sistem. Namun, sistem tidak pernah sempurna dan mesti sentiasa diperbaiki. Itulah tuntutan agama, budaya serta tamadun.
"Apabila kita berusaha membetulkan sistem dan menghapuskan budaya rasuah yang dianggap biasa, di situlah muncul penentangan terhadap perubahan. Mereka mungkin moden dari segi pakaian dan gaya hidup, tetapi keengganan untuk berubah tetap wujud kerana perubahan akan mencabar kedudukan serta kebiasaan mereka," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar dan Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik (KPT) di Bandar Enstek, di sini, hari ini.
Enggan Berubah, Budaya Rasuah - 2
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengarah IPGKPT Dr Kartini Abdul Mutalib.