BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MOSTI Perkukuh Perancangan Masa Depan Negara Menerusi "Foresight", Penjajaran Bakat STEM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

MOSTI Perkukuh Perancangan Masa Depan Negara Menerusi "Foresight", Penjajaran Bakat STEM​

f506fe984bc29e9842d9c48ce8ef51646664471fef510


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi perubahan masa depan menerusi penggunaan pendekatan foresight bagi membentuk dasar pembangunan bakat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta memperkasakan keupayaan nasional menjelang 2040.

Usaha itu dilaksanakan melalui Malaysia Foresight Leadership Forum 2026: Anticipating Talent, Technology and National Capability Towards 2040 dan Sesi Town Hall Penjajaran Dasar Bakat STEM yang berlangsung dari 3 Ogos hingga semalam.

Pengarah Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) Shahrizal Shahrudin berkata STI Foresight Report 2025-2040: Future of STEM Talent in Malaysia – A Delphi Approach menyediakan isyarat strategik dan asas bukti untuk merancang pembangunan bakat STEM secara lebih terselaras.

Beliau berkata dapatan kajian itu meneliti keperluan bakat, kemahiran dan keupayaan masa hadapan dalam ekosistem STEM serta implikasinya terhadap pendidikan, latihan, industri dan perancangan tenaga kerja negara.

"Dapatan kajian ini menunjukkan bidang yang perlu diberi perhatian, kemahiran yang telah bersedia untuk dipertingkatkan serta kekangan ekosistem yang perlu ditangani. Namun demikian, foresight bukan ramalan tepat mengenai pekerjaan masa hadapan.

"Nilai sebenarnya terletak pada keupayaan kerajaan, industri dan institusi pendidikan untuk menggunakan isyarat ini bagi membuat keputusan yang lebih bersedia, adaptif dan berpandangan jauh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain kajian bakat STEM, beliau berkata MASTIC sedang melaksanakan Technology Foresight: Mapping Malaysia's Future Societal Needs dengan Kumpulan Industri–Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) sebagai rakan strategik tempatan utama serta kerjasama teknikal Institute for Statistical Studies and Economics of Knowledge (ISSEK), HSE University, Rusia.

Beliau berkata kajian itu mengambil perspektif lebih luas dengan mengenal pasti keperluan masyarakat, cabaran baharu dan keutamaan jangka panjang yang dijangka membentuk pembangunan Malaysia pada masa hadapan.

Forum itu turut menyaksikan pelancaran Malaysia Foresight Network (MFN) sebagai mekanisme penyelarasan nasional dan komuniti amalan yang menghimpunkan pegawai focal point foresight daripada kementerian, agensi kerajaan, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi, industri dan ekosistem inovasi.

 
Back
Top
Log in Register