BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Komited Perkukuh STEM, TVET Untuk Lahirkan Bakat Masa Depan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

KPT Komited Perkukuh STEM, TVET Untuk Lahirkan Bakat Masa Depan​

4cde2a824869fc000ea2352e1e415f416a7c4cc489808

Kredit foto : Siti Azila Alias

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus diperkasakan bagi melahirkan bakat yang mampu mencipta teknologi serta menerajui inovasi masa depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata langkah itu penting berikutan perkembangan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), robotik, Internet benda (IoT), automasi pintar, pengkomputeran awan dan keselamatan siber.

“Teknologi bukan lagi sekadar alat yang memudahkan kehidupan, malah menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, peningkatan produktiviti, penciptaan peluang pekerjaan baharu dan daya saing negara.

“Oleh itu, pendidikan STEM dan TVET mesti terus diperkasakan secara agresif. Kita mahu melahirkan modal insan yang bukan sahaja adaptif terhadap teknologi, tetapi mampu menjadi pencipta teknologi dan peneraju inovasi masa depan,” katanya ketika berucap pada Karnival Inovasi dan Eksplorasi STEM Politeknik dan Kolej Komuniti (KIES@POLYCC) 2026 di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.

Aminuddin berkata KPT komited memperkukuh TVET sebagai antara pemacu utama pembangunan negara selaras Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat masa depan berteraskan inovasi, pendigitalan, kelestarian serta kerjasama strategik dengan industri.

Dalam pada itu, beliau berkata politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) berperanan melahirkan lulusan berpengetahuan serta berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, digital dan insaniah, selain berdaya inovasi.

“TVET hari ini bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya laluan pendidikan utama yang terbukti melahirkan tenaga kerja profesional dan kompeten bagi memenuhi kehendak industri global,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata KIES@POLYCC 2026 bukan sekadar pertandingan atau pameran, sebaliknya platform pembelajaran interaktif yang memberikan pengalaman sebenar kepada peserta untuk meneroka bidang sains, teknologi dan inovasi secara praktikal.

Beliau berkata setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan bukan sahaja menguji kemahiran teknikal, malah menggilap kebolehan peserta dalam aspek komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan serta penyelesaian masalah yang amat diperlukan dalam alam pekerjaan.

 
Back
Top
Log in Register