combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,151
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,151
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
EPIC Perkukuh Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pembangunan Bakat Menerusi NTW 2026
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Ts. Muhtar Suhaili (tengah) bergambar bersama peserta pada Majlis Perasmian National Training Week (NTW) 2026 di Ibu Pejabat EPIC Berhad hari ini.
EPIC Berhad menyasarkan 5,000 penyertaan daripada petugas dan peserta luar menerusi program National Training Week (NTW) 2026 sebagai usaha memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan bakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dr Muhtar Suhaili berkata program yang memasuki tahun kedua itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik Kementerian Sumber Manusia dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) Negeri Terengganu menerusi inisiatif program EPIC Ignite: Empowering Skills, Inspiring Excellence.
Beliau berkata sebanyak 25 program latihan telah disusun khas sepanjang NTW 2026, yang melibatkan kira-kira 1,700 petugas EPIC, selain dibuka kepada penyertaan agensi luar.
"Secara keseluruhan kita menjangkakan kira-kira 5,000 penyertaan sepanjang NTW ini, yang berlangsung sejak semalam hingga Ahad depan (20 hingga 26 Julai).
"Tujuan utama program ini adalah untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan kemahiran (upskilling), melengkapkan semula kemahiran (reskilling), serta mempelajari kemahiran baharu supaya tenaga kerja sentiasa bersedia menghadapi perubahan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian National Training Week (NTW) 2026 di Ibu Pejabat EPIC Berhad, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pejabat HRD Corp Negeri Terengganu Nurain Othman, Pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan EPIC Suhana Kamaludin serta Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan EPIC Mohd Sukeri Muhammad.
Muhtar berkata program latihan itu bukan hanya dilaksanakan sepanjang NTW, sebaliknya diteruskan sepanjang tahun menerusi EPIC Excellence Learning Centre (EELC), pusat latihan milik EPIC yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk auditorium dan bilik latihan.
Dalam pada itu, beliau berkata sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan modal insan syarikat, EPIC turut mewajibkan petugas menghadiri latihan mengikut kategori jawatan.