combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
kredit: Sunway University
Fakulti Seni dan Sains Sosial (FASS) Universiti Sunway (FASS) mencatat satu lagi pencapaian selepas memeterai kerjasama dengan tujuh peneraju industri dalam bidang seni, media dan kreatif.
Dalam kenyataan hari ini, Universiti Sunway memaklumkan kerjasama tersebut melibatkan FASS dengan Sony Malaysia, Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kementerian Ekonomi Kreatif atau Agensi Ekonomi Kreatif (EKRAF) Republik Indonesia, Sunway Square Mall, Sunway Lagoon, Euroasia Association of Performing Arts serta Kuala Lumpur City Opera (KLCO).
“Kerjasama unik ini dibentuk berasaskan hasrat bersama untuk menghubungkan pendidikan dengan amalan sebenar, sekali gus mewujudkan peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dengan pihak industri melalui latihan industri, projek kolaboratif, bengkel dan produksi secara langsung,” menurut kenyataan itu.
Seiring dengan langkah memperluaskan kampus di Sunway Square, fakulti tersebut melangkah ke fasa baharu dengan kemudahan yang dibina khas dan berteknologi tinggi.
Kini, ia menjadi sebahagian daripada hab kreatif yang dinamik, dengan menawarkan ruang untuk perkongsian, persekitaran kerja kolaboratif dan aliran interaksi yang lebih segar
Sementara itu, Dekan FASS Prof Mayco A. Santaella berkata kerjasama itu merupakan satu pencapaian penting buat fakulti berkenaan.
“Ia membolehkan kita meletakkan pembelajaran dalam konteks yang kreatif, dengan pelajar berpeluang terlibat secara langsung dalam hasil kerja kreatif dan individu di sebaliknya,” katanya.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Sunway Prof Sibrandes Poppema pula berkata kerjasama kukuh dengan pemain industri terus menjadi teras dalam usaha universiti itu mempersiapkan pelajarnya.
“Melalui kerjasama rapat dengan industri, kami dapat memastikan pendidikan kekal relevan dan berasaskan amalan sebenar,” katanya.
Universiti Sunway Perkasa Kreativiti, Pembelajaran Sepanjang Hayat Menerusi Kerjasama Industri
Universiti Sunway, Fakulti Seni dan Sains Sosial,