BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KESUMA Perkasa Ekosistem TVET Menerusi Kerjasama ADTEC-ITE Singapura

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KESUMA Perkasa Ekosistem TVET Menerusi Kerjasama ADTEC-ITE Singapura​

75437868a4f5b7f7b723132176c12ef06a77292bc2753

fb Ramanan Ramakrishnan Official Media

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperluas jaringan kerjasama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat antarabangsa menerusi cadangan program pertukaran pelajar antara Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura.

Menerusi kenyataan hari ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata cadangan itu dikemukakan semasa lawatan kerja beliau ke ITE Singapura sebagai sebahagian usaha kementerian memperkukuh jaringan strategik dengan institusi TVET antarabangsa.

Beliau berkata pihak ITE Singapura memberikan maklum balas positif terhadap cadangan berkenaan sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk memperincikan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan termasuk peluang pertukaran pelajar selain perkongsian pengetahuan serta amalan terbaik dalam latihan teknikal dan kemahiran.

“Hasrat saya adalah untuk melihat pelajar ADTEC JTM mendapat pendedahan yang lebih luas menerusi program ini... oleh itu, saya telah menyatakan cadangan ini semasa lawatan dan pihak ITE Singapura telah memberikan maklum balas positif.

“Ini bukan sekadar mengenai pertukaran pelajar tetapi bagaimana kita boleh menggunakan kerjasama ini untuk memperkukuh institusi TVET kita, meningkatkan pendedahan antarabangsa dan memastikan latihan yang diberikan sentiasa selari dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri,” katanya.

Ramanan berkata kerjasama itu juga berpotensi memberi peluang kepada pelajar ADTEC JTM memahami pendekatan latihan teknikal dalam persekitaran berbeza selain membina jaringan serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan pelajar negara jiran.

Selain itu, beliau berkata pembangunan TVET tidak boleh bergerak secara bersendirian sebaliknya memerlukan kerjasama erat dengan industri serta institusi latihan berkemahiran di peringkat serantau dan antarabangsa.

Beliau berkata perubahan teknologi, automasi, kecerdasan buatan serta kemunculan pekerjaan baharu menuntut institusi TVET sentiasa menyesuaikan kandungan latihan dan pendekatan pembelajaran dengan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.

“Kita mahu ADTEC JTM terus bergerak ke hadapan... TVET tidak boleh hanya menyediakan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri hari ini tetapi juga mesti mampu melahirkan tenaga mahir yang bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.

 
Back
Top
Log in Register