BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari TVET Negara 2026 Perkukuh Ekosistem TVET, Tingkat Kesedaran Masyarakat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Hari TVET Negara 2026 Perkukuh Ekosistem TVET, Tingkat Kesedaran Masyarakat​

9c777116b7293ca69c78d51d5069b9456a1ff30d9ceaa

4b523eb7f3a05da99053bc2853e4bf456a1ff344e39a7

752c66d9fb0f16860d7d1258900e8e316a1ff36c2e084

113e3e0b0630d3a479febc84a49b9d4a6a1ff395e6a3c

Kredit: FB Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 yang bakal berlangsung di Dataran Putrajaya dari 5 hingga 7 Jun ini, menjadi platform nasional untuk memperkukuh ekosistem TVET serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranannya dalam pembangunan modal insan negara.

Sekretariat Majlis TVET Negara, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan sambutan bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya” itu menghimpunkan kementerian, agensi kerajaan, institusi TVET awam dan swasta, pemain industri, usahawan, pelajar serta masyarakat.

Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan menerusi enam hab utama, termasuk pameran TVET dan teknologi, seminar industri, Karnival Kerjaya TVET, program keusahawanan, pertandingan kemahiran, robotik, bola sepak dron, pameran kemahiran masa hadapan, TVET Idol, e-sukan serta pelbagai aktiviti santai dan hiburan berinformasi untuk seisi keluarga.

“Penganjuran ini turut menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik antara institusi TVET dan industri bagi memastikan pembangunan bakat negara selari dengan keperluan pasaran kerja semasa dan masa hadapan yang berteraskan teknologi, inovasi dan kemahiran,” menurut kenyataan itu.

Sekretariat Majlis TVET Negara memaklumkan TVET terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan enrolmen keseluruhan sebanyak 459,558 pelajar manakala kadar kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 95.9 peratus pada 2025.

Menurut kenyataan itu, perkembangan berkenaan membuktikan TVET semakin diyakini masyarakat sebagai laluan utama untuk membina kerjaya berkemahiran tinggi dan masa depan yang lebih cemerlang.

Orang ramai khususnya pelajar, ibu bapa, belia dan pencari kerja dijemput hadir memeriahkan Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari penganjuran.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi https://haritvetnegara.tvet.gov.my/

 
Back
Top
Log in Register