BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MFA Perkukuh Ekosistem Francais Malaysia Menerusi Pembangunan Modal Insan TVET

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

MFA Perkukuh Ekosistem Francais Malaysia Menerusi Pembangunan Modal Insan TVET​

ba2c5dc8f2edef1e40d52cbf8cac429f6a0faa5e86970

4d2c2bb403382aab8af3e49da4c8844c6a0faa50b228c

dc2c656b61d17975bd23b9b78d9375e36a0faa450c2fb

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (tengah) bergambar bersama MFA Franchise TVET selepas Majlis Pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Persatuan Francais Malaysia (MFA) sedang meningkatkan usaha memperkukuh ekosistem francais melalui program strategik dan kerjasama industri-kerajaan dengan menumpu kepada pembangunan modal insan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengerusinya Datuk Dr Radzali Hassan berkata persatuan itu kini sedang bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam inisiatif TVET yang direka khas untuk industri francais.

“Kami amat berharap program ini akan mendapat sokongan daripada semua anggota MFA dan pemain francais merentasi semua sektor,” katanya pada majlis perasmian Pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2026 (FIM 2026), di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Radzali berkata beberapa jenama francais, termasuk 7-Eleven, McDonald's dan Marrybrown, telahpun mengintegrasikan program berkaitan TVET ke dalam operasi perniagaan mereka, dengan lebih ramai pemain dijangka mengikuti jejak langkah tersebut susulan maklum balas yang menggalakkan.

Katanya, MFA juga akan melancarkan Cabaran Perniagaan Francais Universiti ASEAN dengan kerjasama persatuan francais di Filipina, Indonesia, Vietnam dan Singapura untuk memupuk bakat keusahawanan muda dan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi pendidikan francais, inovasi dan pembangunan bakat.

“Tahun ini juga menandakan satu peristiwa penting kerana kita meraikan kumpulan pertama graduan daripada program Eksekutif Francais Bertauliah (CFE), yang diperkenalkan oleh Persatuan Francais Antarabangsa (IFA).

“Program CFE merupakan program pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setakat ini, MFA merupakan satu-satunya persatuan di Malaysia yang mempunyai hak untuk menjalankan program CFE, dengan kerjasama Persatuan Francais Filipina,” katanya.

Radzali berkata berpandukan motonya, ‘Memacu Kecemerlangan Francais’, MFA akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan industri untuk memajukan francais yang berdaya saing, progresif dan mampan di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register