BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FCoEE Perkukuh Ekosistem Penyelidikan Perlis Menerusi 49 Geran Bernilai RM370,000

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

FCoEE Perkukuh Ekosistem Penyelidikan Perlis Menerusi 49 Geran Bernilai RM370,000​

455cf0a0b9cffe640ef31c71fe5af8c06aa9ff97e55fc


Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) terus memperkukuh ekosistem penyelidikan negeri Perlis menerusi pelaksanaan 49 geran penyelidikan bernilai keseluruhan RM370,000 bagi Fasa III (2026/2027).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah jumlah itu merangkumi 40 Geran Penyelidikan Jangka Pendek (STG), lima Geran Khas Flagship FCoEE dan empat Geran Sepadan.

Baginda bertitah ia mencerminkan komitmen FCoEE yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk menjadikan penyelidikan sebagai pemacu pembangunan pendidikan, pemerkasaan asnaf dan pembangunan modal insan.

“Memasuki Fasa III, FCoEE memperkenalkan struktur geran yang lebih strategik meliputi Geran Jangka Pendek bernilai RM7,000, Geran Khas RM10,000 dan Geran Sepadan RM10,000 bagi menyokong penghasilan pangkalan data, dapatan empirikal serta penyelesaian berasaskan bukti.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap penyelidikan yang dilaksanakan bukan sekadar menghasilkan pengetahuan, tetapi mempunyai nilai guna dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat,” titah Raja Muda Perlis.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan sumbangan Ibnu Sabil MAIPs kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Medan yang diterima oleh Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek sebelum berangkat pulang ke Malaysia di pekarangan Bilik Orang Kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara dekat sini semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah dengan 49 geran dalam satu fasa, FCoEE perlu memastikan setiap pelaburan dalam ilmu diterjemahkan kepada impak yang bermakna kepada masyarakat dan pembangunan negeri.

 
Back
Top
Log in Register