BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CRM Perkukuh Ekosistem Ujian Klinikal Malaysia, Astrazeneca Sokong Pelaburan Penyelidikan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
bccdfbde1bad6d21cd3045df05c4d87a69f95bcb36415


Clinical Research Malaysia (CRM) akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia muncul sebagai destinasi utama ujian klinikal dengan bekerjasama rapat bersama pihak pengawal selia, hospital, institusi akademik serta rakan industri bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan pelaksanaan kajian.

Dalam satu kenyataan, CRM memaklumkan sejak penubuhannya pada 2021, lebih 2,800 ujian tajaan telah dilaksanakan di seluruh negara dengan sokongan ekosistem bersepadu yang diterajui organisasi itu.

“Pelbagai inisiatif yang menumpukan kepada latihan penyelidik, pembangunan keupayaan tapak kajian serta pengoptimuman proses telah menyumbang kepada pelaksanaan penyelidikan yang lebih kukuh, selain meningkatkan kumpulan profesional penyelidikan klinikal berkemahiran tinggi,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof berkata pembinaan ekosistem penyelidikan klinikal yang dipercayai dan berkualiti tinggi memerlukan pelaburan jangka panjang dalam aspek modal insan, sistem serta kerjasama strategik, termasuk pembangunan bakat bagi menyokong ekosistem mampan dan bersedia menghadapi masa depan.

Beliau berkata peranan CRM turut merangkumi pembangunan saluran tenaga kerja profesional penyelidikan klinikal yang kukuh, termasuk penyelaras kajian, penyelidik serta pasukan penyelidikan, di samping memperkukuh keupayaan hospital di seluruh negara supaya lebih banyak tapak bersedia untuk menjalankan ujian klinikal secara cekap.

“Nilai tambah Malaysia terletak pada keupayaan melaksanakan ujian klinikal dengan pantas, boleh dipercayai dan berkualiti, manakala peranan negara dalam ASEAN membolehkan kita memacu penyelidikan klinikal tajaan sebagai agenda serantau demi kemakmuran bersama,” katanya.

Menurut CRM, ekosistem penyelidikan klinikal Malaysia menunjukkan pertumbuhan pesat sepanjang tempoh 2020 hingga 2025 dengan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) lima tahun sebanyak 25.06 peratus bagi pendapatan negara kasar terkumpul, 7.45 peratus bagi pekerjaan berkemahiran dalam bidang ini, serta 11.97 peratus bagi penyelidikan tajaan terkumpul.

“Pada 2025, akses pesakit kepada ujian klinikal terus meningkat dengan lebih 300 fasiliti kesihatan di seluruh negara kini mempunyai pengalaman dalam penyelidikan klinikal,” menurut kenyataan itu.

CRM turut memaklumkan Malaysia kini muncul sebagai destinasi pilihan bagi ujian klinikal fasa awal di rantau Asia Pasifik, sekali gus membolehkan penyelidikan berkualiti tinggi yang relevan di peringkat global dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa, termasuk menyokong penyerahan kawal selia kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) serta kajian “first-in-human”.

 
Back
Top
Log in Register