BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Rusia Perkukuh Kerjasama Strategik Penyelidikan, Perdagangan Dua Hala - Zambry

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Rusia Perkukuh Kerjasama Strategik Penyelidikan, Perdagangan Dua Hala - Zambry​

277a1456c7710d7bc2e72f432565cc726a7c660cac81c

36b791cb28bd2cf001111f3bce0781e96a7c66340f8ad

Kredit : FB Zambry Abd. Kadir

Usaha memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala serta meneroka peluang kerjasama dalam sektor strategik dan teknologi baharu antara perkara penting yang akan diangkat dalam Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya (JC-ESTC) Kelima di Vladivostok, Rusia.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan itu turut akan merangkumi usaha memperkukuh jaringan penyelidikan dan inovasi, di samping meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.

“Dalam bidang pendidikan tinggi khususnya, Malaysia akan memberikan perhatian kepada usaha memperluas mobiliti pelajar dan akademik, penyelidikan bersama, kerjasama universiti-ke-universiti serta pembangunan bakat dalam bidang sains, teknologi dan bidang-bidang strategik masa hadapan.

“Mesyuarat ini juga akan menjadi ruang untuk kedua-dua negara menilai kemajuan terhadap perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, mengenal pasti cabaran yang perlu diselesaikan serta menetapkan bidang keutamaan baharu yang boleh dilaksanakan secara bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat yang berlangsung mulai esok hingga Sabtu ini berkata ketibaannya di Vladivostok disambut oleh Timbalan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia Konstantin Mogilevsky.

Zambry berkata beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat itu bersama Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia Valery Falkov.

Katanya, mesyuarat kali ini turut melibatkan wakil daripada 17 kementerian dan agensi berkaitan yang mencerminkan keluasan skop serta kepentingan hubungan dua hala merangkumi bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, tenaga, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, pertanian serta kerjasama sosial dan kebudayaan.

Mengenai peranan JC-ESTC yang ditubuhkan pada 2015, Zambry berkata Malaysia mahu platform berkenaan berorientasikan tindakan dan hasil yang dapat memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat serta ekonomi kedua-dua negara.

“Hubungan baik antara kedua-dua negara perlu diterjemahkan kepada projek, pelaburan, pertukaran kepakaran, pembangunan teknologi dan peluang baharu.

 
Back
Top
Log in Register