BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Maldives Perkukuh Kerjasama Parlimen Menerusi Platform Komanwel

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,701
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,701
Reaction score
97
Points
80

Malaysia, Maldives Perkukuh Kerjasama Parlimen Menerusi Platform Komanwel​

9527871848237d7c04882db9dda578bf6aa9662c16764

d03e722e2ae8946dcef46b384906e3506aa9662fe9cb4

fb Anwar Ibrahim

Malaysia dan Maldives mempunyai ruang luas untuk memperkukuh kerjasama Parlimen termasuk menerusi pertukaran lawatan, perkongsian pengalaman dan platform Persatuan Parlimen Komanwel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia dan Maldives memiliki ruang luas untuk saling menimba pengalaman dalam memperkukuh institusi, memantapkan tatakelola serta meningkatkan keupayaan sektor awam

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Majlis Rakyat Maldives Abdul Raheem Abdulla semasa lawatan rasmi dua hari ke negara itu.

Semasa lawatan itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Maldives bagi memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, pelancongan, industri halal dan ekonomi digital.

Perdana Menteri berkata pertemuan beliau dengan Naib Presiden Maldives Hussain Mohamed Latheef turut membincangkan usaha memperluas kerjasama dalam bidang pengajian tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), latihan profesional serta pembangunan modal insan.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Maldives Iruthisham Adam bagi bertukar pandangan mengenai momentum positif hubungan dua hala.

Anwar menggalakkan pegawai dan komuniti perniagaan kedua-dua negara mengenal pasti peluang khusus dalam perdagangan dan pelaburan, pelancongan, industri halal serta ekonomi digital supaya hubungan baik itu dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata.

Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh ketahanan iklim dan agenda pembangunan mampan dengan mengambil kira cabaran khusus Maldives sebagai sebuah negara kepulauan kecil yang sedang membangun.

Anwar berkata beliau akan terus bekerjasama dengan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu dan kerajaan negara itu bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

 
Back
Top
Log in Register