Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Program ADI Pemangkin Transformasi Belia, Perkukuh Landskap TVET Negara
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Dr Kamaruzaman Md Ali
Kredit: JPK
Cabaran utama belia hari ini bukanlah sekadar cemerlang dalam peperiksaan untuk mengenggam segulung sijil, hakikatnya ialah mendapatkan pekerjaan yang berkualiti dan relevan dengan kemahiran yang dimiliki mereka.
Menerusi pelaksanaan program Akademi Dalam Industri (ADI), peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah turut didedahkan dengan situasi kerja sebenar, budaya kerja dan teknologi yang digunakan oleh industri.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Dr Kamaruzaman Md Ali berkata melalui pendekatan train and place dan place and train, peserta berpeluang membina pengalaman kerja sebenar selain memperoleh persijilan kemahiran yang diiktiraf, sekali gus memberikan kelebihan kepada mereka apabila memasuki pasaran pekerjaan untuk membina kerjaya yang lebih stabil dan mampan.
Beliau berkata antara sektor yang terlibat termasuklah teknologi digital, elektrik dan elektronik, pengangkutan, agromakanan, agrikomoditi serta pelbagai sektor ekonomi baharu yang sedang berkembang.
"Keunikan program ADI ialah pihak industri bukan sekadar menjadi penerima graduan, tetapi mereka sendiri turut terlibat secara langsung dalam proses pembangunan bakat.
"Peserta pula akan menjalani latihan dalam persekitaran kerja sebenar dan dibimbing oleh tenaga kerja berpengalaman di syarikat, sekali gus membolehkan mereka menguasai kemahiran yang benar-benar diperlukan oleh industri semasa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
LAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR