Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
MCMC Kaji Landskap Industri Radio Perkukuh Ekosistem Penyiaran Negara
fb Fahmi Fadzil
Kerajaan akan mengkaji landskap industri radio menerusi penelitian Dasar Penyiaran Negara bagi memperkukuh ekosistem penyiaran, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kajian itu akan dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selari dengan Dasar Industri Kreatif Negara dan agenda Majlis Ekonomi Jingga.
Fahmi berkata perkara itu antara yang dibincangkan pada sesi townhall bersama pengurusan dan pemain industri radio tempatan bagi mendengar pandangan, cabaran serta cadangan dalam memperkasakan ekosistem penyiaran negara.
“Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha meningkatkan kandungan muzik tempatan, model pelesenan, kelangsungan industri radio serta bagaimana sektor ini dapat terus berkembang dalam landskap digital yang tumbuh dengan pesat,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Beliau berkata kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi memastikan radio tempatan kekal relevan, berdaya saing dan terus menjadi medium yang dekat dengan rakyat.