combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
RCI Tabung Haji: Teruskan Siasatan Telus, Bebas Campur Tangan
Kerajaan perlu meneruskan siasatan susulan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) secara telus dan bebas daripada sebarang bentuk campur tangan.
Pengerusi Daie MADANI Amir Zuhair Abdull Khalid berkata laporan RCI bagi tempoh 2014 hingga 2020 itu, mengandungi dapatan yang perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mengikut proses perundangan.
“Kita sebagai rakyat, kita akan berikan sokongan. Kita akan sokong Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Jangan ganggu siasatan. Jangan ganggu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
“Biar siasatan ini berlangsung dan terus berjalan. Siapa salah bawa ke mahkamah,” katanya ketika berucap pada Himpunan Aman Solidariti RCI Tabung Haji di hadapan Menara TH di sini, hari ini.
Amir Zuhair berkata isu tersebut bukan sekadar polemik politik, sebaliknya melibatkan integriti dan amanah dalam menguruskan dana milik jutaan pendeposit Islam di negara ini.
Beliau berkata laporan RCI itu, turut mendedahkan dakwaan wujudnya campur tangan politik dalam aspek tadbir urus serta proses pelantikan ahli lembaga pengarah, sepanjang tempoh siasatan tersebut.
Amir Zuhair berkata persoalan sama ada mana-mana individu bersalah atau tidak, hendaklah diputuskan oleh mahkamah selepas melalui proses siasatan dan pendakwaan yang sewajarnya.
“Isu RCI ini memang dia orang akan cakap mereka tidak bersalah. Mereka ini bersalah ataupun tidak, perlu ditentukan di mahkamah. Ini perlu dibawa di mahkamah. Mereka ini perlu dituduh di mahkamah,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak supaya tidak memberikan tekanan atau mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.