kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Laporan Akhir RCI Berkaitan Tabung Haji Dijangka Diterbit Dalam Masa Terdekat - PM Anwar
Kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
"Saya akan meneliti dengan Ketua Setiausaha Negara sama ada proses ini harus dirujuk ke Jemaah Menteri terlebih dahulu.
"Kalau tidak perlu, saya akan terbitkan hari ini. Jika perlu, saya tunggu hari Rabu (depan) kerana rakyat harus tahu," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan forum Humane Economy Global Discourse (HEGD) 2026, di sini, hari ini.
Anwar berkata keputusan untuk menerbitkan laporan itu mengambil kira kedudukan Tabung Haji yang telah bertapak baik dalam proses pemulihan ketika ini dan rakyat berhak untuk mengetahui kandungan laporan tersebut.
Berita lanjut menyusul...