BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memang Berlaku "Sakau" Dalam Tabung Haji - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Memang Berlaku "Sakau" Dalam Tabung Haji - PM Anwar​

4ffada7f283a6cdda782e688469ed6da6a6a1b0214623


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa memang berlaku perbuatan “sakau” dalam Lembaga Tabung Haji (TH), susulan kehilangan dana berbilion ringgit yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi berkenaan.

Menteri Kewangan itu berkata istilah “sakau” tidak sepatutnya dielakkan atau dipersoalkan, sekiranya fakta menunjukkan berlakunya kehilangan wang dalam institusi yang diamanahkan untuk mengurus simpanan umat Islam itu.

“Ada orang tidak suka istilah sakau. Saya nak ulang di Melaka ini memang ada sakau dalam Tabung Haji. RM12 bilion hilang, bukan sakau? Memang ada sakau,” kata beliau ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026, di sini hari ini.

Anwar berkata tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang politik, kerana kesan daripada perbuatan segelintir individu akhirnya terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat.

“Yang menyakau itu sesetengah sahaja, tetapi yang terpaksa bayar dan tanggung, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” kata beliau.

Anwar pada masa sama mempersoalkan mengapa laporan RCI berkaitan TH yang telah siap sebelum beliau menjadi Perdana Menteri tidak didedahkan lebih awal.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh membiarkan isu berkenaan terus disembunyikan atau dielakkan daripada perbahasan terbuka, termasuk di Parlimen pada Selasa lepas.

Dalam hal itu, Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, atas keberanian tampil di Parlimen bagi menerangkan dan menjawab persoalan berkaitan RCI TH.

Anwar berkata arahan telah dikeluarkan, supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register