BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sesi Sidang Khas Parlimen Bincang RCI Tabung Haji Pada 11 Ogos - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sesi Sidang Khas Parlimen Bincang RCI Tabung Haji Pada 11 Ogos - PM Anwar​

b935831f0c147780ae9fc84bb7f6c80c6a6b220ec9aa3


Sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah membincangkan mengenai sidang khas itu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

“Perkara ini akan dibawa ke Parlimen pada 10 pagi, 11 Ogos, dan sesi berkenaan akan berlangsung sehingga petang,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan selepas merasmikan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank di sini hari ini.

Laporan RCI mengenai TH yang diterbitkan semalam mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Dalam Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH daripada 2014 hingga 2020, pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik disenaraikan.

RCI mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

 
Back
Top
Log in Register