kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PM Anwar Yakin Kabinet Setuju Dedah Laporan RCI Tabung Haji Kepada Umum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
PERMATANG PAUH, July 25 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech during the National Training Week (NTW) 2026 grand finale at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh today.
--fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan Kabinet akan bersetuju dengan cadangan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum setelah dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebarang halangan untuk mendedahkan laporan berkenaan, namun keputusan tersebut perlu dibuat mengikut prosedur melalui pertimbangan Jemaah Menteri pada Rabu ini.
“Orang cabar mengapa tidak zahirkan kepada awam (RCI TH), saya tiada keberatan, saya setuju tetapi ikut proses dan biar saya bawa kepada Jemaah Menteri hari Rabu ini serta saya percaya Jemaah Menteri akan setuju.
“Dulu kita minta tangguh laporan itu kerana TH menyatakan perlu masa untuk perbaiki… ada pengurusan baharu untuk baiki dan sekarang kita bersedia untuk dedahkan kepada awam,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.
Loading…
www.bernama.com