BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Yakin Kabinet Setuju Dedah Laporan RCI Tabung Haji Kepada Umum

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Yakin Kabinet Setuju Dedah Laporan RCI Tabung Haji Kepada Umum​

7fba2f92410992a376af48791cdecf676a6432a582a42

67205b14e6df764995033383887a64056a6433db04cf5

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


PERMATANG PAUH, July 25 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech during the National Training Week (NTW) 2026 grand finale at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh today.

--fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan Kabinet akan bersetuju dengan cadangan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum setelah dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebarang halangan untuk mendedahkan laporan berkenaan, namun keputusan tersebut perlu dibuat mengikut prosedur melalui pertimbangan Jemaah Menteri pada Rabu ini.

“Orang cabar mengapa tidak zahirkan kepada awam (RCI TH), saya tiada keberatan, saya setuju tetapi ikut proses dan biar saya bawa kepada Jemaah Menteri hari Rabu ini serta saya percaya Jemaah Menteri akan setuju.

“Dulu kita minta tangguh laporan itu kerana TH menyatakan perlu masa untuk perbaiki… ada pengurusan baharu untuk baiki dan sekarang kita bersedia untuk dedahkan kepada awam,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

 
Back
Top
Log in Register