BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasatan Berkaitan TH Boleh Melangkaui Skop Laporan RCI - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Siasatan Berkaitan TH Boleh Melangkaui Skop Laporan RCI - PM Anwar​

f0c1255c04ae2e96fddc936d981843716a841126899d5

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) yang juga Menteri Kewangan ketika sesi libat urus bersama Wakil Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027, “Malaysia MADANI : Mengapai Di Langit, Mengadap Di Bumi” di Kementerian Kewangan hari ini.

Turut bersama Menteri Kewangan ll Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua kiri), Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong (dua kanan), Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican (kiri) dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (kanan).


-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Siasatan dan tindakan pihak berkuasa berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH) boleh melangkaui skop serta tempoh yang diteliti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata RCI menjadi asas utama kepada siasatan dan penelitian berhubung isu berkenaan, namun tiada halangan kepada pihak berkuasa untuk meneliti perkara yang berlaku sebelum atau selepas tempoh tersebut.

"Memang sekarang ini, semua tindakan dan kajian melangkaui RCI...RCI itu sebagai induk. Tak ada halangan kaji sebelum dan selepas, dan ini yang dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sesi libat urus Belanjawan 2027, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan penutupnya, Anwar mengarahkan supaya tindakan susulan berhubung isu TH dilaksanakan secara tegas dan segera.

Beliau menegaskan tidak akan mencampuri proses siasatan atau pendakwaan, sambil meminta pihak berkaitan memberikan maklumat dan taklimat mengenai isu TH kepada Raja-Raja Melayu, manakala beliau sendiri memberikan penjelasan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

"Kebetulan dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong berikan panduan mudah...tegas. Jadi memudahkan tindakan kita...dan arahan saya, nak campur penyiasatan tidak boleh, pendakwaan tidak boleh. Tapi saya boleh beri pengarahan umum. Tegas, cepat. Jangan bagi dalih, jangan takut siapa. Mesti bertindak," katanya.

Anwar berkata tindakan tegas tanpa tolak ansur itu perlu diambil dalam usaha menyelamatkan negara, meskipun langkah sedemikian membawa risiko politik.

Beliau berkata selepas TH, kerajaan juga akan memberikan perhatian kepada isu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) meskipun mengakui tindakan itu bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan realiti politik, namun beliau bersedia mengambil risiko dan meneruskannya.

“Saya bukan hendak memberi alasan. Saya cuma mengatakan bahawa inilah realiti politik sebenar yang perlu kita hadapi.

 
Back
Top
Log in Register