BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 26,000 Pelajar Baharu Terima Manfaat WPP RM1,500 PTPTN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lebih 26,000 Pelajar Baharu Terima Manfaat WPP RM1,500 PTPTN​

0a047ce946ed78f77fa318823139173c6a9e78ee1bb15

19d703bb24fa8ea9d0aa605d9a2a40266a9e794f5d9c6

Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (tengah) menyerahkan replika kad Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada salah seorang penerima. Kredit: PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh agenda pemerkasaan pendidikan tinggi negara menerusi penawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada pelajar baharu yang layak bagi membantu menampung sebahagian kos persediaan awal kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik.

PTPTN dalam kenyataan memaklumkan WPP memberi manfaat kepada 26,457 pelajar bagi kemasukan peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA dan politeknik sesi September 2026, dengan peruntukan berjumlah RM39.7 juta.

“WPP diberikan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang telah memberikan persetujuan menerima WPP semasa membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan UA.

“Selain itu, ibu bapa atau penjaga pelajar juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sejak WPP diperkenal pada tahun 1999 hingga 31 Julai lepas, lebih sejuta pelajar telah menerima manfaat inisiatif itu dengan peruntukan berjumlah RM1.48 bilion.

Menurut agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu, pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui aplikasi myPTPTN dan ditunaikan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara mulai 4 Sept dengan membawa surat tawaran WPP serta MyKad.

“Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bermula 4 Sept hingga 3 Nov 2026,” katanya sambil menambah wakil tidak dibenar menunaikan WPP.

Baru-baru ini, PTPTN turut menyantuni para pelajar yang menerima tawaran WPP menerusi sesi ziarah ke rumah pelajar di Tasek Gelugor, Pulau Pinang diikuti Majlis Penyerahan WPP bagi kawasan Bukit Gelugor, yang disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim.

Menurut kenyataan itu, Norliza dalam ucapannya berkata PTPTN kekal komited memperkukuh agenda pendidikan tinggi dengan memastikan akses kepada pembiayaan pendidikan terus diperkasa dan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta kedudukan sosioekonomi.

 
Back
Top
Log in Register