kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kerajaan Tambah Peruntukan RM1 Juta Kepada Universiti AIMST, Bantu Pelajar Kurang Mampu - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan mock cheque kepada Canselor AIMST Universiti, Tan Sri Dr SA Vigneswaran pada Majlis Serahan Pemberian Geran Kerajaan Tahunan kepada AIMST Universiti di sini hari ini.
Kerajaan MADANI komited untuk memastikan kebajikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di Universiti AIMST terus terpelihara menerusi jaminan bantuan pengajian.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata atas dasar itu, kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi menambah geran tahunan yang diberikan kepada universiti swasta berkenaan.
“Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI akan memastikan anak-anak paling miskin di universiti ini terus diberi jaminan bantuan. Oleh itu, saya tambah RM1 juta khusus untuk tujuan tersebut.
“Minggu lalu, kita (mengumumkan) memberikan peruntukan RM100 kepada setiap pelajar sekolah menengah dan universiti bagi keperluan pembelian buku,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Kerajaan Tahunan kepada Universiti AIMST, di Bedong, hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Presiden MIC Tan Sri Dr SA Vigneswaran merangkap Canselor serta Pengerusi Universiti AlMST.
Berita Lanjut Menyusul