BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Salur Lebih RM12 Juta Menerusi MITRA Perkasa Komuniti India - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Salur Lebih RM12 Juta Menerusi MITRA Perkasa Komuniti India - Ramanan​

d58f9493cc2bff1283c04426a40bc6d46a4cb64a40c24

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berucap pada Program Dharma MADANI di Wisma Ceylonese hari ini.

Kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) memperuntukkan lebih RM12 juta bagi memperkasa komuniti India menerusi Program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal (Celik MADANI) 2026 dan Program Dharma MADANI Siri Ketiga.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata daripada jumlah itu RM8.87 juta diluluskan di bawah Program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Celik MADANI 2026 melibatkan 162 tadika di seluruh negara dan memberi manfaat kepada 3,612 kanak-kanak kaum India daripada keluarga B40.

Sebanyak RM3.36 juta pula diluluskan untuk Program Dharma MADANI Siri Ketiga kepada 168 rumah ibadat Hindu di seluruh negara, katanya.

"Peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan komuniti kaum India melalui pemerkasaan institusi masyarakat, peluasan akses pendidikan awal serta pembangunan modal insan secara inklusif.

"Dengan penyaluran siri ketiga ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan diluluskan di bawah Program Dharma MADANI mencecah RM12.54 juta, melibatkan 627 rumah ibadat Hindu di seluruh negara dengan setiap kuil menerima RM20,000 untuk melaksanakan pelbagai program bersama komuniti India," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Celik MADANI 2026 dan Dharma MADANI Zon Selatan di Wisma Ceylonese yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan Ketua Pengarah MITRA Raveendran Nair.

Ramanan berkata, MITRA akan terus memastikan setiap peruntukan disalurkan secara telus dan berkesan supaya lebih ramai masyarakat India menikmati manfaatnya, sekali gus melahirkan komuniti yang berilmu, berdaya saing dan sejahtera selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Pada program tersebut sebanyak 48 kuil dan 45 tadika dari Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) menerima peruntukan masing-masing dengan jumlah keseluruhan hampir RM3 juta menerusi program Dharma MADANI dan Celik MADANI.

 
Back
Top
Log in Register