BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Salur RM3.5 Juta Geran PHEKS, Perkasa Gerakan Kesatuan Sekerja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Salur RM3.5 Juta Geran PHEKS, Perkasa Gerakan Kesatuan Sekerja​

b4568bb2f5e2f058fa97237a69d433366aa25ec9ed072

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja 2026 hari ini.

Sebanyak  RM3.5 juta diperuntukkan menerusi Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 bagi memperkukuh keupayaan kesatuan sekerja negara dalam mendepani perubahan dunia pekerjaan susulan perkembangan kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata peruntukan yang selesai diagihkan pada Jun dan Julai lepas itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan kesatuan sekerja mempunyai kapasiti lebih kukuh dan tidak ketinggalan dalam menghadapi perubahan pasaran buruh.

“Perubahan tersebut bukan sahaja mengubah bentuk pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan industri, malah akan turut mempengaruhi cara pekerja dilindungi, diwakili dan dipersiapkan menghadapi pasaran kerja masa hadapan.

"Kesatuan sekerja mesti bergerak seiring dengan perubahan dunia pekerjaan. Kita mahu kesatuan yang bukan sahaja lantang memperjuangkan hak pekerja, tetapi juga mempunyai pengetahuan, kredibilti dan keupayaan untuk memahami cabaran baharu yang sedang dihadapi pekerja,” katanya.

Ramanan berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja 2026 yang bertemakan "Ke Arah Mewujudkan Kesatuan Sekerja yang Progresif, Berintegriti dan Dinamik" di sini, hari ini.

Beliau turut memberikan penekanan pada aspek integriti, profesionalisme dan tadbir urus dalam kepimpinan kesatuan.

“Kekuatan kesatuan bukan hanya bergantung pada jumlah keahlian, tetapi juga keyakinan pekerja terhadap kepimpinannya.

“Kesatuan mesti dekat dengan pekerja. Mereka perlu tahu apa yang berlaku di tempat kerja, memahami keresahan pekerja dan mampu membawa suara itu ke meja perundingan secara berwibawa,” katanya.

Ramanan berkata kerjasama tiga pihak juga perlu terus diperkukuh supaya kebajikan pekerja, kelangsungan perusahaan dan kemajuan ekonomi negara dapat bergerak seiring.

 
Back
Top
Log in Register