BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Lulus Geran RM15.77 Juta Kepada SUHAKAM pada 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Lulus Geran RM15.77 Juta Kepada SUHAKAM pada 2025​

41ab572dda0ebb9acc0aff0375718f4f6a4e294f51cf2

Liew Chin Tong

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan geran RM15.77 juta kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 2025, meningkat RM2.2 juta berbanding RM13.55 juta pada 2024.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata geran itu bagi menampung perbelanjaan operasi meliputi elaun tetap pesuruhjaya, emolumen, kos operasi seperti sewaan dan utiliti, pelaksanaan program dan aktiviti tahunan SUHAKAM serta Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak.

“Pemberian geran itu berdasarkan sesi semakan Belanjawan 2024, prestasi belanja pihak SUHAKAM dan kemampuan kewangan kerajaan pada masa tersebut.

“Sejak penubuhannya, kerajaan tidak pernah gagal menyediakan peruntukan untuk SUHAKAM,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2024 bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan lain, Liew berkata kerajaan meneruskan program i-Saraan dalam Belanjawan 2026 bagi menggalakkan pekerja sektor tidak formal mencarum secara sukarela ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Melalui penambahbaikan yang dilakukan, Liew berkata kerajaan menawarkan insentif padanan pada kadar 20 peratus daripada jumlah caruman tahunan individu tertakluk kepada had maksimum RM500 setahun atau RM5,000 sepanjang hayat, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

“Di samping itu, bermula 2026, KWSP turut memperkenalkan program i-Saraan Plus yang memberi tumpuan khusus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing berasaskan platform.

“Melalui inisiatif ini, golongan berkenaan layak menerima insentif padanan kerajaan sehingga RM600 setahun atau RM6,000 sepanjang hayat tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, Liew berkata kerajaan menerusi KWSP sedang meneliti mekanisme yang lebih bersesuaian bagi memperluas liputan caruman kepada pekerja sektor tidak formal dan ekonomi gig.

 
Back
Top
Log in Register