BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lulus Kenaikan Geran Tahunan KRT Kepada RM10,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Lulus Kenaikan Geran Tahunan KRT Kepada RM10,000​

ecaff42f84ceb0e730793edfa480ede96a3bc7457ad81

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut mesra sejurus tiba pada program MADANI Kita 2026 di Dataran Segamat.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara kepada RM10,000 berbanding RM6,000 sebelum ini dan akan disalurkan pada 1 Jan depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan peruntukan itu dibuat selepas kadar geran tahunan KRT kekal pada RM6,000 sejak 10 tahun lepas walaupun peranan institusi itu penting dalam membantu kerajaan menangani pelbagai isu di peringkat akar umbi.

“Kali ini saya setuju tambah ke RM10,000 untuk semua KRT yang melaporkan pembangunan dan kegiatan mereka bagi menghidupkan semangat musyawarah serta perpaduan," kata beliau pada Program MADANI KITA bersama KRT di Dataran Segamat hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Negara R. Yuneswaran serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Anwar berkata peranan KRT perlu terus diperkasakan kerana institusi itu membantu menghidupkan semangat musyawarah, demokrasi dan perpaduan selain membantu anggota keselamatan serta jabatan kerajaan menangani isu keselamatan dan kebajikan masyarakat.

Beliau turut mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaannya mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama sejak merdeka.

Perdana Menteri berkata perbezaan kaum, budaya dan agama tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memecahbelahkan masyarakat, sebaliknya perlu diraikan sebagai kekuatan negara.

Pada majlis sama, Anwar mengumumkan peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas di institusi pendidikan Islam di Johor.

Beliau berkata peruntukan itu melibatkan kerja-kerja naik taraf dan pembaikan di sekolah agama, madrasah, pondok pengajian serta institusi tahfiz di beberapa daerah termasuk Batu Pahat, Muar dan Segamat.

 
Back
Top
Log in Register