BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Tiba Di Brunei Untuk Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Tiba Di Brunei Untuk Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27​

9a8d83c73e21626436c74cf49b360d086a883549bda80

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Menteri Luar Brunei Darussalam Putera Mateen Bolkiah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei malam ini bagi menghadiri Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat dan Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pada 6.10 petang.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Brunei Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan.

Esok, Anwar dijadualkan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman, di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar juga dijangka menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pengurusan bencana.

Pada tahun 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Brunei dicatatkan sebanyak RM5.86 bilion (USD1.37 bilion).

Jumlah eksport ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 2025 bernilai RM4.20 bilion (USD0.98 bilion), manakala jumlah import dari Brunei bernilai RM1.66 bilion (USD0.39 bilion).

 
Back
Top
Log in Register