BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei​

d8a0cb5f1b2069f495f9002d2f3ab0786a8938f854a57

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengaminkan doa selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) di Istana Nurul Iman hari ini.

Anwar menerima darjah kebesaran itu yang membawa gelaran Dato Laila Utama.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman di sini yang turut disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira 11 pagi.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar dijangka menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai jawatankuasa kerjasama pengurusan bencana.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

 
Back
Top
Log in Register