BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Junjung Kasih Doa Dan Keprihatinan Sultan Brunei

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Junjung Kasih Doa Dan Keprihatinan Sultan Brunei​

1905b5d353ddca9317b1878ec76d67306a7c3c28c0df4

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan baginda.

“Saya turut mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut memaklumkan akan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan pada minggu depan bersempena dengan Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) ke-27 antara Malaysia dengan Brunei Darussalam.

Isnin lepas, Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

 
Back
Top
Log in Register