BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Adzan

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,714
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,714
Reaction score
3,506
Points
211
1789613189843.png


Hadits Abu Dawud no. 1017
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada `Uqbah ibn `Amir (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Rabb (Pencipta, Pemilik & Pengatur) kalian kagum
terhadap seorang penggembala kambing
yang berada di atas sebuah lereng gunung.

Dia melaungkan adzan untuk solat
dan mendirikan solat.

Lalu Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia berfirman,
“Lihatlah hamba-Ku ini.

Dia melaungkan adzan
dan mendirikan solat.

Dia takut kepada-Ku.

Sesungguhnya Aku telah mengampuni hamba-Ku
dan memasukkannya ke dalam syurga.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ أَنَّ أَبَا عُشَّانَةَ الْمَعَافِرِيَّ حَدَّثَهُ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِي غَنَمٍ فِي رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلَاةِ وَيُصَلِّي فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلَاةَ يَخَافُ مِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ

Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia masuk ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register