BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Golongan Khawarij

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
1781427300270.png


Hadits Bukhari no. 6422
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Yusayr ibn `Amr,

“Aku bertanya pada Sahl ibn Hunayf (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ).

“Adakah kau mendengar Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
bersabda sesuatu tentang Khawarij?”

Beliau (Sahl ibn Hunayf) menjawab,
“ Aku mendengar baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
sambil mengisyaratkan dengan tangannya
ke arah `Iraq,

“Akan keluar darinya (`Iraq)
suatu kaum,

mereka membaca al-Qur’an,
(tetapi) tidak melepasi halkum mereka
(tidak masuk ke qalbu lalu diamalkan).

Mereka terkeluar (tergelincir) daripada Islam,
seperti terkeluarnya anak panah dari buruannya.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا الشَّيْبَانِيُّ حَدَّثَنَا يُسَيْرُ بْنُ عَمْرٍو قَالَ قُلْتُ لِسَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ
هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي الْخَوَارِجِ شَيْئًا قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ وَأَهْوَى بِيَدِهِ قِبَلَ الْعِرَاقِ يَخْرُجُ مِنْهُ قَوْمٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1789363195664.png


Hadits Bukhari no. 7007
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu Sa`id al-Khudri رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ,
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Akan keluar sekumpulan manusia
dari arah Timur.

Dan mereka membaca al-Qur’an,
tetapi tidak melepasi halkum mereka
(tidak masuk ke qalbu lalu diamalkan).

Mereka terkeluar daripada agama,
sepertimana terkeluarnya anak panah
menembusi sasaran buruannya.

Kemudian mereka tidak akan kembali kepadanya
sehingga anak panah kembali kepada tali busurnya.
(amat sukar untuk mereka kembali kepada agama).”

Ditanya (kepada baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ),
“Apakah tanda mereka?”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Tanda mereka ialah
mencukur rambut.”

Atau baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Mencukur rambut
sehingga botak licin.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ يُحَدِّثُ عَنْ مَعْبَدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَخْرُجُ نَاسٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لَا يَعُودُونَ فِيهِ حَتَّى يَعُودَ السَّهْمُ إِلَى فُوقِهِ قِيلَ مَا سِيمَاهُمْ قَالَ سِيمَاهُمْ التَّحْلِيقُ أَوْ قَالَ التَّسْبِيدُ

Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia masuk ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register