BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Minoriti di Atas Kebenaran

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
1785472281304.png

1785472303885.png

Hadits Ibn Majah no. 3983
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan

Daripada Anas ibn Malik (
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Sesungguhnya, Bani Isra’il telah berpecah
kepada tujuh puluh satu (71) golongan.

Dan sesungguhnya, umatku akan berpecah
kepada tujuh puluh dua (72) golongan.

Semuanya di dalam neraka,
kecuali satu.
Dan ia adalah al-Jama`ah
(di atas jalan Nabi
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan para sahabat).”

Teks Arab

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ افْتَرَقَتْ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَإِنَّ أُمَّتِي سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

Peringatan Umum!

Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,

atau sekadar di mulut sahaja?
 
1785472443074.png

1785472455289.png

Hadits Tirmidzi no. 2440
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan

Daripada Ibn `Abbas (
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Aku berada di belakang Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
pada suatu hari.
Lalu baginda (
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,

“Wahai anak muda.
Sesungguhnya aku akan mengajarmu
beberapa kalimah.

Jagalah Allah (syariat-Nya).
Nescaya Dia akan memeliharamu.

Jagalah Allah (syariat-Nya).
Nescaya kau akan mendapati-Nya
di hadapanmu.

Apabila kau meminta,
maka mintalah kepada Allah.

Dan apabila kau memohon pertolongan,
maka mohonlah pertolongan daripada Allah.

Dan ketahuilah bahawa seluruh umat ini,
sekiranya mereka bersatu
untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu,
mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu.
Melainkan dengan sesuatu
yang telah Allah takdirkan ke atasmu.

Dan sekiranya mereka bersatu
untuk memudaratkanmu dengan sesuatu,
mereka tidak akan mampu memudaratkanmu.
Melainkan dengan sesuatu
yang telah Allah takdirkan ke atasmu.

Telah diangkat pena-pena.
Dan telah kering lembaran-lembaran
(catatan takdir telah ditetapkan).”

Teks Arab

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ أَخْبَرَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ وَابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ قَيْسِ بْنِ الْحَجَّاجِ قَالَ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَخْبَرَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي قَيْسُ بْنُ الْحَجَّاجِ الْمَعْنَى وَاحِدٌ عَنْ حَنَشٍ الصَّنْعَانِيِّ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ

كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ

قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Peringatan Umum!

Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,

atau sekadar di mulut sahaja?
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah Al-An`am
Ayat 6:116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ
Dan jika kau mentaati (mengikut) kebanyakan orang di bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu
daripada jalan Allah.

إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Mereka tidak mengikuti
kecuali sangkaan,

dan mereka tidak lain
hanyalah membuat dakwaan tanpa ilmu (yang benar).
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah Al-`Asr
Ayat 103:1

وَٱلْعَصْرِ
Demi masa.

Ayat 103:2

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian.

Ayat 103:3

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
Kecuali orang yang beriman
dan beramal solih,

dan saling menasihati
dengan haq (kebenaran menurut Allah)

dan saling menasihati
dengan kesabaran.
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah Al-An`am
Ayat 6:116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ
Dan jika kau mentaati (mengikut) kebanyakan orang di bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu
daripada jalan Allah.

إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Mereka tidak mengikuti
kecuali sangkaan,

dan mereka tidak lain
hanyalah membuat dakwaan tanpa ilmu (yang benar).
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
yang imam syafie buat sangkaan kononya sentuh bini batal wudhuk tu camna?
imam syafie buat sangkaan kena lebih 80km baru boleh jamaq tu macam mana?
yang melayu pakat ikut syafie sebab bersangka bahawa syafie tu terpaling pandai agama tu macm mana?

setuju tak syafie tu la dajjal yg menyesatkan manusia dengan sangkaan sangkaan dia....
 
Ulama ada ijtihad masing2.
Saya tidak mengikat diri saya dengan mazhab Syafi'i.
Tapi saya hormati ijtihad Imam Syafi'i.
 
Ulama ada ijtihad masing2.
Saya tidak mengikat diri saya dengan mazhab Syafi'i.
Tapi saya hormati ijtihad Imam Syafi'i.
sangkaan hg dengan mengatakan Imam Syafi'i pandai ijtihad....sedangkan apa yang Imam Syafi'i ijtihad hanya bersandarkan sangkaan...lain la kalau jibrail mai bisik kat telinga dia...

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
 
Ijtihad bukan berdasarkan sangkaan semata-mata.

Ijtihad ialah kesimpulan hukum yang terhasil
daripada penelitian terhadap dalil-dalil yang berkaitan
dengan menggunakan kaedah ilmu yang diiktiraf.

Jika benar, ia mendapat 2 pahala.
Jika tersilap, ia mendapat 1 pahala.
In sha Allah
 
Last edited:

kesimpulan bermaksud benda yang tak pasti,sekadar agak agak..teori.....lebih kepada sangkaan...

Al-yauma akmaltu lakum dinakum...islam telah pun disempurna..tak perlu buat sangkaan untuk tambah tokok ...

sebagaimana hg buat sangkaan syafie terpaling pandai buat ijtihad sebab islam belum sempurna di mata dia dan juga di mata hg....
 
Sekurang2nya beliau ada kesungguhan
untuk memahami agama.

Ijtihad juga ada dalam hadits sahih.
Jadi ia valid.

Jika benar, ia mendapat 2 pahala.
Jika tersilap, ia mendapat 1 pahala.
In sha Allah
 
Back
Top
Log in Register