BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Kesenian

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
1781952692946.png


1781952707044.png


Hadits Muslim no. 3937
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `A’ishah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا),

“Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ masuk menemui aku,

ketika itu,
aku menutup satu ruang kecil milikku
dengan kain bercorak yang mempunyai gambar-gambar makhluk bernyawa.

Apabila baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) melihatnya,
baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) mencabutnya (kain itu).

Dan wajah baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) berubah (tanda tidak suka).
Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,

“Wahai `A’ishah.
Sesungguhnya, manusia yang paling berat azabnya
di sisi Allah pada hari kiamat ialah
mereka yang membuat sesuatu
yang menyerupai ciptaan Allah.”

`A’ishah berkata,
“Maka kami memotongnya (kain itu),
lalu kami jadikannya sebagai bantal
atau dua bantal.”

Teks Arab
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَائِشَةَ تَقُولُ
دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ سَتَرْتُ سَهْوَةً لِي بِقِرَامٍ فِيهِ تَمَاثِيلُ فَلَمَّا رَآهُ هَتَكَهُ وَتَلَوَّنَ وَجْهُهُ وَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقَطَعْنَاهُ فَجَعَلْنَا مِنْهُ وِسَادَةً أَوْ وِسَادَتَيْنِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1782024697517.png


1782024736810.png


Hadits Nasa’i no. 5270
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Jibril عَلَيْهِ السَّلَام meminta izin
untuk masuk menemui Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Masuklah.”

Maka dia (Jibril) berkata,
“Bagaimana aku hendak masuk,
sedangkan di dalam rumahmu ada tirai
yang padanya terdapat gambar-gambar (makhluk bernyawa)?”

Maka sama ada kepala-kepala (pada gambar) itu dipotong

atau dijadikan hamparan yang dipijak,

kerana sesungguhnya kami, golongan malaikat,
tidak memasuki rumah
yang di dalamnya terdapat gambar-gambar (makhluk bernyawa).”

Teks Arab
أَخْبَرَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ عَنْ أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
اسْتَأْذَنَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ادْخُلْ فَقَالَ كَيْفَ أَدْخُلُ وَفِي بَيْتِكَ سِتْرٌ فِيهِ تَصَاوِيرُ فَإِمَّا أَنْ تُقْطَعَ رُءُوسُهَا أَوْ تُجْعَلَ بِسَاطًا يُوطَأُ فَإِنَّا مَعْشَرَ الْمَلَائِكَةِ لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ تَصَاوِيرُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register