Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,747
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,747
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Serangan terbaharu Israel di Gaza ragut 5 nyawa termasuk komander Hamas
Kanak-kanak di Gaza Palestin bermain di tengah runtuhan bangunan yang musnah dibedil tentera Israel. Foto Reuters
GAZA - Serangan udara Israel terbaharu membunuh sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin, menurut pegawai kesihatan dan sumber Hamas.
Korban termasuk dua kanak-kanak dan seorang komander Hamas di utara serta selatan Gaza.
Serangan udara Israel ke atas sebuah kenderaan pula membunuh dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak.
Tujuh lagi dilaporkan cedera dipercayai akibat serangan susulan di kawasan Sheikh Radwan, utara Gaza.
Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang seorang anggota kumpulan bersenjata di kawasan itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Saksi memaklumkan sebahagian mangsa cedera dalam serangan susulan kedua, apabila sekumpulan orang awam bergegas membantu mangsa serangan pertama.
Satu video yang belum dapat disahkan media menunjukkan peluru berpandu meletup berhampiran sekurang-kurangnya lima lelaki.
Dalam kejadian berasingan, badan amal kesihatan Britain iaitu Medical Aid for Palestinians pada Selasa berkata, seorang pesakit terbunuh di sebuah pusat kesihatan yang disokongnya di Jabalia, utara Gaza.
Pertubuhan itu memberitahu bahawa pesakit berkenaan ditembak oleh dron kuadrokopter tentera Israel.
Bagaimanapun, tiada komen lanjut daripada pihak terlibat.
Satu lagi serangan udara Israel ke atas kem khemah di kawasan Mawasi, Khan Younis meragut dua nyawa iaitu seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun serta mencederakan 14 yang lain.
Menurut kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tenteranya membunuh seorang komander Hamas dalam Briged Rafah pada Selasa.
Sumber Hamas mengesahkan seorang komander kanan kumpulan tersebut iaitu Nael Abu Obeid terbunuh dalam serangan berkenaan.
Sebelum ini, rakyat Palestin mengadakan upacara pengebumian di Gaza bagi dua mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel sehari sebelumnya, Ahmed Al-Batsh dan Rafat Zummar.
Menurut sumber Hamas dan tentera Israel, Batsh ialah komander Hamas tempatan.
Petugas perubatan berkata, Batsh terbunuh dalam serangan ke atas kenderaannya di utara Gaza.
Tentera Israel dalam kenyataan berasingan memaklumkan, pihaknya membunuh kedua-dua lelaki berkenaan, selain menyifatkan Zummar sebagai komander Hamas.
Hamas bagaimanapun tidak memberikan ulasan segera mengenai kaitan Zummar dengan kumpulan itu. - Agensi
Serangan terbaharu Israel di Gaza ragut 5 nyawa termasuk komander Hamas
GAZA - Serangan udara Israel terbaharu membunuh sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin, menurut pegawai kesihatan dan sumber Hamas. Korban termasuk dua...