BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serangan dron Israel ragut nyawa pengetua sekolah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,687
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,687
Reaction score
97
Points
80
3342570.webp

Serangan dron di Stadium Imam Musa al-Sadr menyebabkan Muhammad Shweikh, pengetua Sekolah Awam al-Mansouri, terkorban. - Foto X/The Cradle

BEIRUT - Seorang pengetua sekolah terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan bandar al-Mansouri di selatan Lubnan, berhampiran Tyre, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).

Dalam kenyataan rasmi, NNA mengesahkan bahawa 'serangan oleh dron musuh' di kawasan tersebut telah 'mengorbankan pengetua sekolahnya, Muhammad Shweikh'.

Serangan itu berlaku berhampiran padang bola sepak Stadium Imam Musa al-Sadr dan menyebabkan kebakaran di lokasi kejadian.

Menurut wartawan akhbar tempatan Al Akhbar, Shweikh merupakan pengetua Sekolah Awam al-Mansouri dan ketika kejadian, dron tersebut menyasarkan kenderaan yang dinaikinya.

Serangan tersebut berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di sempadan selatan Lubnan, susulan konflik berterusan antara Israel dan kumpulan bersenjata di wilayah itu.

Kawasan sekitar Tyre kerap menjadi sasaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Israel berhubung serangan tersebut.

Namun, insiden berkenaan dijangka akan meningkatkan lagi tekanan antarabangsa terhadap semua pihak untuk mengekang keganasan rentas sempadan dan melindungi nyawa orang awam. - Awani

 
Back
Top
Log in Register