BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Golongan Munafiq

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah At-Tawbah
Ayat 9:64

يَحْذَرُ ٱلْمُنَـٰفِقُونَ أَن تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌۭ تُنَبِّئُهُم بِمَا فِى قُلُوبِهِمْ
Orang-orang munafiq merasa takut
akan diturunkan kepada mereka
suatu surah (al-Qur’an)

yang memberitahu kepada mereka
apa yang ada dalam qalbu mereka.

قُلِ ٱسْتَهْزِءُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ مُخْرِجٌۭ مَّا تَحْذَرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad),
“Ejeklah.”

Sesungguhnya Allah akan mendedahkan
apa yang kalian takuti.

Ayat 9:65

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ
Dan jika kau bertanya kepada mereka,

pasti mereka akan menjawab,
“Sesungguhnya kami hanya berbual-bual kosong
dan bermain-main sahaja.”

قُلْ أَبِٱللَّهِ وَءَايَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad),
“Adakah terhadap Allah,
ayat-ayat-Nya
dan Rasul-Nya,
kalian memperolok-olokkan?”

Ayat 9:66

لَا تَعْتَذِرُوا۟ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَـٰنِكُمْ
Janganlah kalian memberi alasan.

Sesungguhnya kalian telah kufur
setelah beriman.

إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍۢ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةًۢ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ مُجْرِمِينَ
Jika Kami memaafkan
sebahagian daripada kalian,

Kami akan mengazab
sebahagian yang lain
kerana mereka adalah orang-orang yang melakukan dosa.
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1789262981070.png


1789262993288.png


Hadits Muslim no. 4715
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah
orang yang bermuka dua,

iaitu orang yang datang kepada satu kelompok
dengan satu wajah

dan kepada kelompok yang lain
dengan satu wajah (lain).”

Teks Arab
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ عِرَاكِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ

Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia masuk ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
sebelum dapat kerja gomen,siang malam meratib berdoa BERJANJI nak kerja sungguh sungguh sekiranya diberi rezeki oleh Allah untuk masuk gomen....

lepas dapat kerja,gaji aku banyak ni...kerja buat aku pun banyak ni...pergi mampus janji dengan Allah nk kerja sungguh sungguh...

pastu buat duit kot tepi...tu yang kapal tongkang yg puak rohingya naik tu boleh bolos ke sini....
 
Back
Top
Log in Register