BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Junjung Kasih Doa Dan Keprihatinan Sultan Brunei

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
fb53dbf6e1b403245810bfbe9b254a506909be2d687c6

--kredit FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah terhadapnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata baginda berkenan menghubunginya tengah hari tadi untuk bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraannya.

“Baginda dengan penuh takzim bertanya khabar dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya. Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Tuanku,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pada Ahad, Anwar dilaporkan terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.

 
Back
Top
Log in Register