BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Titip Doa Buat Sultan Brunei

kupanglaut

Super Active Member
Messages
7,458
Joined
Jun 13, 2025
Messages
7,458
Reaction score
88
Points
80
ffe732e7ff126a63d85961bfb5da75606966eaf3a5435

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Sambutan Rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. 27 Ogos 2025.
Kredit: AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

"Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan," kata beliau.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei semalam, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Jan ini.

 
Back
Top
Log in Register