BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rakam Penghargaan Kepada Brunei Atas Sambutan Mesra, Layanan Baik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Rakam Penghargaan Kepada Brunei Atas Sambutan Mesra, Layanan Baik​

4ac79236673aeeca12b4666fbb70d5996a898172571e4

4c3a6f5771b43e3098035d6f05939df96a8981694f6c7

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Brunei atas sambutan mesra dan layanan baik kepada beliau serta seluruh delegasi Malaysia sepanjang berada di negara itu.

Anwar mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke negara itu bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan delegasi Malaysia turut diraikan dalam Majlis Santapan Rasmi oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Mendoakan negara Brunei Darussalam kekal menikmati kemakmuran, kesejahteraan dan rakyatnya hidup aman sejahtera di bawah naungan Paduka Seri Baginda Tuanku,” kata beliau.

Pada lawatan kerja itu, Perdana Menteri dan Sultan Hassanal Bolkiah turut menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pengurusan bencana antara Malaysia dan Brunei.

Anwar turut dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Hassanal Bolkiah.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

 
Back
Top
Log in Register